Assalamualaikum.
Bertemu kembali. Sambungan dari edisi 1 yg diterbitkan pada 26 Mei lalu, saya ingin menambah lagi info tentang barangan halal HPA ini.
Amma ba’du. Buat pengetahuan sahabat semua, HPA telah ditubuhkan pada tahun 1986 (ketika itu dikenali sebagai Perubatan Tradisional Al-Wahida), oleh Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang arif tentang herba, dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam bidang herba di Universiti Pertanian Malaysia.
- AL-KISAH -

Bermula dari sebuah rumah yang kecil, Tn. Hj. Ismail bersama keluarganya telah berjaya mengembangkan herba kajian mereka ke seluruh Malaysia, dan kini telah memasuki pasaran Mesir dan Indonesia. Beliau yang berasal dari keluarga yang kuat pegangan agama telah mengaplikasikan nilai-nilai Islam ke dalam perniagaannya. Kompleks Wahida di Jejawi, Perlis yang ditubuhkan pada tahun 1995 tidak mengambil pinjaman dari mana-mana pihak bank. Begitu juga dengan kilang-kilang HPA yang terletak di Perlis, Changlun Kedah, dan juga di Gandul, Indonesia tidak dibiayai oleh mana-mana bank. Bermakna mereka tidak terlibat dengan riba yang dilarang oleh Allah. Pekerja-pekerja HPA juga hanya bekerja dalam keadaan berwudhuk.
HPA bermula dengan cara single-level marketing, tetapi telah menceburi sistem multi-level pada tahun 1997. Pada tahun 1997 itu juga, HPA telah mendapat status GMP (Good Manufacturing Product) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang mana satu-satunya syarikat Islam mendapat GMP yang masih kekal hingga ke hari ini.
Saya sebenarnya seorang yang tidak sukakan multi-level marketing. Saya bukanlah menjadi pelanggan atau menyokong HPA ni kerana sistem multi-levelnya. Perkara yang telah saya sebutkan di atas dan yang di dalam artikel pertama saya
itulah yang membuatkan saya amat tertarik kepada HPA. Bagaimana cara mereka berniaga, mentaati dan berharap kepada Allah itulah yang menambat hati saya. Pada saya, HPA memperkenalkan sistem multi-level adalah untuk membuatkan kita sebagai umat Islam ini terus kekal berada di dalam perjuangan HPA yang juga merupakan satu perniagaan. Pernah juga beberapa kali saya terfikir, mengapa HPA tidak menjual terus produk mereka ke pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia seperti yang dilakukan oleh syarikat lain.
Akhirnya saya faham apakah hikmahnya. Jika HPA memasarkan produk mereka secara langsung, iaitu single-level marketing, siapakah yang akan mendapat keuntungannya? Sudah pasti pasaraya gergasi seperti Giant, Carrefour, Tesco dan lain-lain yang akan mendapat keuntungannya. Mereka adalah badan-badan atau syarikat yang dipunyai oleh orang kafir. Alangkah sayangnya jika orang kafir juga yang mendapat keuntungan dari produk Islam. Dari sinilah saya dapat lihat antara usaha yang dilakukan oleh syarikat HPA untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. HPA telah mengiklankan produk gergasi mereka, iaitu Kopi Radix di kaca tv. Saya yakin hampir semua dari kita telah maklum akan iklan Radix di TV3 dan TV9 itu yang menelan belanja kira-kira RM1.3juta. Akan tetapi produk itu tidak didapati di pasaraya-pasaraya utama di negara kita. Jadi apakah fungsi kita sebagai umat Islam di Negara ini? Kitalah yang seharusnya menjadi pengguna, pengedar, penjual dan pembeli produk ini. Iklan Kopi Radix telah berleluasa di kaca tv, dan sekarang mereka mula mempromosikan Kola dan Sarsi Radix pula. Bukankah itu satu peluang untuk kita memasarkan produk-produk HPA tersebut? Sudah pasti kita tidak ingin melihat umat Islam di seluruh dunia ini berterusan bergantung kepada produk kafir.
Syarikat HPA sangat menitikberatkan sumber-sumber yang diperolehi untuk menghasilkan produk-produknya. Pegaga yang menjadi antara herba yang paling banyak digunakan ditanam sendiri. Begitu juga dengan roselle, yang mana mempunyai kandungan Vitamin-C yang lebih tinggi dari blackcurrant, diusahakan sendiri. Mereka juga mempunyai kolam ternakan spirulina sendiri. Kopi yang berkualiti diimport dari negara jiran, iaitu Indonesia, juga dari pengusaha Islam. Selain itu, HPA membekalkan benih atau anak pokok kepada pekebun-pekebun sekitar Perlis dan Kedah untuk ditanam, dan kemudiannya dibeli semula oleh HPA. Itulah satu lagi usaha HPA untuk meningkatkan ekonomi umat Islam yang dapat saya ketengahkan, yang mana tiada atau belum lagi saya temui di dalam syarikat lain. Sebab itulah saya rasa sangat bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan sekalian.
Saya tidak rasa teragak-agak untuk menyertai HPA ini seperti MLM yang lain, kerana perjuangan HPA ialah perjuangan dunia dan akhirat. Di dunia kita sama-sama meningkatkan ekonomi umat Islam, yang mana insyaAllah menjadi saham kita di akhirat nanti. Ke mana duit kita dibelanjakan akan disoal di hari kiamat nanti. Adakah untuk kebaikan atau sebaliknya, dan adakah dihabiskan kepada orang Islam atau sebaliknya. Saya sedari, banyak wang yang telah saya belanjakan yang mana ianya untuk bersuka-suka dan juga mengalir ke tangan orang kafir. Banyak duit kita habiskan untuk hiburan, game, komik dan lain-lain, dan tidak kurang juga duit kita habiskan untuk membeli barangan atau pakaian mewah yang menjadi trend masa kini. Jadi, inilah peluang dan masanya untuk kita melabur saham akhirat kita.
- MLM SYARI'AH-
Kepada sahabat-sahabat sekalian, jika di Malaysia ini terdapat sistem perbankan Islam dan juga perbankan konvensional, di Indonesia lebih dari itu. Mereka mempunyai sistem MLM syari’ah dan juga sistem MLM konvensional, yang mana sistem itu akan menilai adakah keuntungan yang diberikan adil dan adakah sesebuah syarikat itu menekan ahlinya untuk membeli produk yang tidak diperlukan semata-mata untuk mencapai target jualan mereka. HPA adalah satu-satunya syarikat di Malaysia ini yang telah mendapat pengiktirafan MLM syari’ah tersebut.
Antara kelebihan HPA yang telah diiktiraf sebagai MLM syari’ah ialah;
- Perniagaan HPA adalah jihad ekonomi, iaitu untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.
- Produknya 100% halal, dan sumbernya dari pihak yang diyakini.
- Produknya adalah untuk kegunaan harian. Tiada produk-produk pelik yang tidak diperlukan.
- Harga yang relatifnya murah. Cth: Kopi Radix 75sen/sachet, berus gigi rm3, Radix Kola 1.5L rm3.30, ubat gigi Herba rm5, kapsul Spirulina rm24.
- Bonus yang hebat kepada ahli yang istiqamah.
- Pengasas, pegawai atasan hinggalah ke pekerja kilang adalah 100% muslim. Bermakna keuntungannya bersih hanya untuk orang Islam.
- Pembuatan/Kilang di dalam negeri.
- Mempunyai Dewan Syari’ah.
- Pelan pemasaran yang adil dan tidak menindas mana-mana pihak.
Sekian dahulu dari saya. Sehingga berjumpa lagi di lain lembaran. Terima Kasih. Wassalam.


0 comments:
Post a Comment