Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
Saya di sini rasa terpanggil untuk menyampaikan beberapa perkara kepada sahabat semua. Sebenarnya saya baru mengenali HPA (Herba Penawar Al-Wahida); syarikat yang mengeluarkan kopi Radix, dan saya sangat tertarik dengan perjuangannya, yang mana sangat memperjuangkan Islam.
- MUSLIM -
Pertamanya, perkara yang sangat saya kagumi, syarikatnya 100% digerakkan oleh muslim, dan mengikut saranan Islam. Di mana setiap kali tiba waktu solat, kerja di kilang ditangguhkan sebentar supaya semua pekerja menunaikan tanggungjawab mereka kpd Ar-Razzaq terlebih dahulu, kerana drpdNyalah rezeki sehari-hari kita perolehi. Setiap hari, sebelum kerja dimulakan, mereka menunaikan solat dhuha berjemaah terlebih dahulu, dan mengamalkan Al-Ma’thurat setiap hari. Kita di UIAM ini pun tidak memperolehi peluang seperti mereka; solat jemaah di awal waktu setiap hari.
Then, the next big thing is, selain kopi Radix yang popular di kaca tv itu, HPA juga mengeluarkan barangan keperluan kita seharian, seperti sabun mandi, shampoo, ubat gigi, berus gigi, minyak rambut, sabun basuh baju, sabun cuci pinggan mangkuk dan lain-lain.
Jadi, saya rasa amat bertanggungjawab untuk memperkenalkan syarikat yang diredhai Allah dan syarikat yang mengangkat martabat Islam ini kepada sahabat-sahabat semua. Jika kita lihat barangan yang kita guna seharian selama ini, boleh dikatakan semuanya adalah barangan orang kafir. Daripada aspek makanan, hinggalah kepada barangan berkaitan dgn pelajaran; alat tulis, kerusi, meja, buku-buku, kereta dan motosikal, telefon bimbit, komponen komputer, baju, seluar, wallet, beg, selipar, kasut, cermin mata, sabun basuh baju, dan lain-lain.
Sedarlah wahai kawan-kawan, kita telah pun merdeka selama lebih 50 tahun. Kenapa sampai sekarang kita masih bergantung kepada orang kafir? Dan yang paling sedih, banyak produk seharian kita dari syarikat Yahudi. Kenapa makanan halal untuk muslim seluruh dunia ini majoritinya dikeluarkan oleh orang kafir? Kenapa kita masih minum Milo, Nescafe, Horlicks dll bila kita ada minuman yang lebih baik, berkat dan lebih berkhasiat dari minuman itu?
- Alahai MIHAS...... -
Baru-baru ini, expo MIHAS di Matrade (9-11 Mei), kita dapat lihat, hampir semua barangan yang dipamerkan bukanlah produk orang Islam. Boleh dikatakan hanya HPA satu-satunya syarikat 100% kepunyaan Islam di situ. HPA telah mempamerkan mesin untuk membuat kopi Radix kebanggaan muslim di Malaysia ini di situ. Umumnya orang Islam di Malaysia dalam tidak sedar telah menyerahkan pembuatan makanan halal kepada org kafir, malang sekali.
Bila lagi kita dapat tunjukkan sayang dan pengorbanan kita kepada Islam? Pada saya, mungkin saya belum lagi dapat menjadi pendakwah, atau ustaz yang dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada umat Islam umumnya. Dan setakat ini di sini kita masih aman, dan masih belum perlu berperang seperti saudara-saudara kita di Palestin atau di Afghanistan. Jadi, inilah salah satu usaha kita untuk mendokong Islam, dengan menyokong dan menggunakan barangan Islam dalam hidup sehari-hari.
Cuba kita bayangkan, apabila kita, kawan-kawan, atau ahli keluarga kita meneguk air Milo atau Nescafe, kita sebenarnya sedang minum air buatan musuh kita yakni Yahudi. Jika tidak Yahudi pun kita sedang minum air buatan orang Inggeris, atau org Cina yang bukan Islam. Tidakkah kita terasa itu satu kerugian dan satu kesedihan? Walaupun setakat ini kita sebagai orang Islam masih belum dapat mengeluarkan barang kegunaan harian sendiri, tetapi satu perkara yang paling kita perlu jaga ialah apa yang masuk ke dalam perut kita sehari-hari. Biarlah hari ini kita hanya mampu menyokong dan memakan makanan halal dari syarikat Islam, moga-moga pada masa hadapan berkat makanan halal yang kita dan keluarga kita ambil itu berjaya melahirkan generasi yang memartabatkan Islam dan mampu menghasilkan dan menyaingi produk-produk dan syarikat-syarikat kafir yang lain dalam setiap aspek kehidupan kita.
Satu perkara penting yang patut kita ketahui, bahawa JAKIM telah menswastakan bahagian pengesahan halalnya. Ini merupakan satu bonus besar kepada syarikat-syarikat kafir yang ingin menjatuhkan umat Islam! Pemberian logo halal bukan lagi menjadi tanggungjawab untuk mengesahkan barangan halal di Malaysia, tetapi ia telah menjadi satu sumber pendapatan kepada pihak-pihak tertentu. Di Amerika baru-baru ini, seorang Yahudi di dalam satu majlis berkata, “kita tidak perlu memisahkan Al-Quran daripada umat Islam untuk menghancurkan mereka, tetapi kita hanya perlu menyuntik(melalaikan) mereka melalui makanan, muzik, hiburan dan sukan”. Jadi janganlah kita mengambil langkah mudah dengan hanya melihat logo halal pada satu-satu makanan tanpa mengambil peduli siapakah pengeluar dan dari manakah sumber makanan itu didapati.
- PERUBATAN YANG DIYAKINI -
Bagaimanapun, penubuhan HPA asalnya ialah membekalkan herba penawar kepada umat Islam sejagat. Kita perlu sedari bahawa hampir 90% ubat-ubatan di farmasi dan hospital tidak mempunyai logo halal. Ini kerana kerajaan
Malaysia tidak pernah membuat sistem seperti makanan harian kita terhadap ubat-ubatan, sama ada halal atau tidak. Jadi tidak mustahil banyak syarikat akan mengeluarkan produk yang menggunakan sumber yang tidak halal. Rata-rata antara kita tidak pernah ambil peduli tentang halal haram satu-satu ubat itu. Malang sekali jika kita mengidap suatu penyakit dan kita menggunakan ubat yang tidak halal. Bagaimanakah Allah hendak menerima doa kita dan seterusnya menyembuhkan kita? Inilah yang diperjuangkan oleh HPA, di mana mereka menanam, atau mencari sendiri bahan-bahan yang digunakan dalam ubat-ubat mereka, dan memastikan sumber itu halal. Tiada orang tengah kecuali diyakini betul-betul status halalnya herba atau bahan itu. Sekian.
Ladang Pegaga HPA


0 comments:
Post a Comment